Sunday, January 30, 2011

''GEMPAR'' isu histeria yang berlaku di SMK ABU BAKAR TEMERLOH PAHANG

Pelajar terbabit juga dikatakan berlari-lari sepanjang koridor terbabit  sebelum berdiri di hujung bangunan setinggi 10 meter sambil mendepakan  tangan seolah-olah mahu terjun.
Keadaan bertambah cemas apabila pelajar terbabit turut menarik cermin  tingkap nako lalu membalingnya ke bawah bangunan.
Seorang guru yang enggan dikenali berkata, tindakan pelajar itu  bagaimanapun menyebabkan tangannya luka dan dia dikatakan menjilat darah  yang mengalir keluar dari tapak tangannya.
“Pelajar berkenaan semakin agresif apabila membuka tudung lalu  membalingnya ke bawah dan keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila  dia berdiri di hujung koridor dengan kedua-dua kakinya berjengket  memijak lantai,” katanya di sini, semalam.
Suasana kecoh di perkarangan sekolah terbabit menarik perhatian  kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak  bersebelahan dengan sekolah berkenaan.
Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab yang turut bergegas  ke tempat kejadian berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan  Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis  bagi menyelamatkan pelajar terbabit.
Beliau berkata, pengurusan sekolah turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan pelajar  terbabit. Kita dan pengurusan sekolah bersyukur kerana tidak ada  kejadian tidak diingini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan  penyelamat yang pantas mengambil tindakan,” katanya.
Mohd Nadzri berkata, kejadian histeria pernah berlaku beberapa  kali di sekolah terbabit namun kejadian semalam paling mencemaskan.
Berita Harian difahamkan, selepas pelajar terbabit dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), beberapa pelajar lain juga terkena histeria tapi berjaya dikawal

No comments:

Post a Comment