Tuesday, February 1, 2011

"BERITA PANAS" Selebriti kantoi tepi tandas

APEX jadi geram pula apabila seorang teman melaporkan mengenai beberapa selebriti tempatan yang bukan main lagi berparti sampai mabuk sakan di sebuah kelab terkenal di Kuala Lumpur. Dalam kumpulan berkenaan, ada seorang selebriti lelaki dan dua selebriti wanita yang jika disebutkan nama mereka, tentu ramai yang ternganga ataupun terkedu.

Yang membuatkan apex geram tu bukannya apa, sebab bukan main lagi selebriti lelaki yang lahir daripada program realiti itu menafikan dia pernah menyentuh atau meneguk arak, sebelum ini. Namun, daripada cerita yang disampaikan itu, nyata sekali itu bukanlah kali pertama dia membaham minuman haram itu. Bersama-samanya ketika itu ialah seorang artis baru wanita yang pernah juga dikaitkan dengannya tidak lama dulu. Namun macam biasalah, kedua-duanya tidak mengaku ada apa-apa, walaupun sudah banyak mata yang terpandang keintiman kedua-duanya. Jadi, pada awal pagi itu, mereka kantoi lagi apabila berpasang-pasang mata menyaksikan gelagat menggelikan, lakonan dua selebriti ini. Lebih memualkan, apabila si lelaki dikatakan bukan main lagi menggatal dengan si artis baru ini, di tepi tandas. Siap ada adegan gesel-gesel badan dan himpit-himpit lagi di dinding! Ala-ala filem lucah ‘gitu’ agaknya. Kata si tukang cerita, selebriti lelaki itu kelihatan seperti ghairah semacam, dalam keadaan mabuk dan tak berapa sedar diri itu.

Katanya lagi, mereka juga bercium di situ seperti tidak ada orang lain pun di kiri kanan yang memandang. Sungguh kurang asam... Apabila kedua-duanya sudah hanyut dipengaruhi alkohol, mereka jadi lupa yang kelakuan itu turut disaksikan pengunjung lain. Kalau masuk mahkamah pun, pasti kalah teruk.

Tidak jauh dari adegan selebriti lelaki itu bercumbu mesra bersama teman wanitanya, ada pula seorang selebriti perempuan yang sebelum ini sekeras-kerasnya menafikan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka.

Selebriti ini bermati-matian menidakkan cerita kononnya dia sudah punya pengganti apabila hubungannya bersama pemuda lain dikatakan sudah pun terputus.
Tetapi, memang mulut manusia susah hendak ditutup. Sebabnya, pada malam Jumaat lalu, juga dalam keadaan separa sedar, dia dilaporkan begitu romantik melekat-lekat dengan pemuda yang memenuhi ciri-ciri yang digambarkan sebagai kekasih barunya itu.

Dalam hati apex berkata sendiri, memang selebriti kita ini suka kelentong. Tetapi, akhirnya tembelang mereka akan pecah juga sebab Malaysia ini tak sebesar mana. Kalau tak terserempak hari ini, esok lusa adalah yang terjumpa mereka di mana-mana, dan sudi melaporkan kebenarannya kepada apex di sini.

Kenapa hendak susah-susah buat penafian kalau awak tu betul-betul bercinta dengan jejaka lain? Tidak ada orang marah pun kalau awak bercakap benar.
Bukannya tak ada kes orang putus cinta dan jumpa pengganti baru dalam dunia ini. Setiap hari apex yakin, kisah sebegitu ada berlaku.

Apabila kisah benar sudah terbongkar, awak juga yang tak tahu mana nak sorok muka menanggung malu.....tu la zaman skunk manusia suka melakukan keburukan ,sedangkan perkara baik tidak mahu dilakukan...

No comments:

Post a Comment